Monday 25 June 2012

For users smartphone.

Selamat malam buat cmua...haha , first time cakap cmtu .  Tadi aq buka dashboard, lalu mencari topic - topic yang best untuk di baca. Then terjumpa satu review entry --> 8 tips untuk bateri smartphone tahan, dengan pantasnya huda pun tekan link tersebut dan baca ^_^.

Tips untuk save bateri for smart phone.
1. Padamkan telefon anda jika berada di kawasan yang sukar mendapatkan penerimaan (signal) contohnya di dalam kapal terbang atau berada di kawasan terpencil.

2. Jangan buka fungsi WiFi jika anda tidak menggunakannya. Ia akan menggunakan banyak tenaga bateri untuk menyirau (scan) keboleh dapatkan Wifi berhampiran walaupun anda tidak memerlukan.

3. Jangan buka terlalu banyak aplikasi. Walaupun telefon anda berkeupayaan untuk multi-tasking tetapi adalah lebih baik untuk fokus kepada hanya satu atau dua aplikasi yang benar-benar digunakan pada satu-satu masa.

4. Gunakan fungsi GPS atau bluetooth pada ketika anda perlukan sahaja.

5. Skrin terlalu cerah (bright) akan membuatkan lebih tenaga bateri diperlukan.

6. Cuba elakkan menggunakan screen saver atau latar belakang yang beranimasi. Lebih baik menggunakan fungsi gelap (blank) atau latar belakang yang pegun dengan resolusi rendah.

7. Fungsi getar (vibrate) akan memakan ketahanan bateri anda. Guna bila perlu sahaja.

8. Tutup telefon bimbit pintar anda di waktu ia tidak digunakan, berikan masa untuk smartphone anda untuk 'berehat' atau 'tidur' dalam beberapa jam.

p/s : Good tips bukan? So, follow the tips untuk save bateri korang. Tak payahlah selalu nak charge setiap hari, kan? hehe ^_^