Tuesday, 25 September 2012

Harry Potter - Part II

Assalamualaikum ^__^ , sape mnat Harry Potter kt sini ?? haha act dlu aq ta mnat pn Harry ni (taon lepas) . sila baca entry nihh Klik klik klik ble Harry Potter selalu je tayang kt tv2 .Tros mnat balik . dluu aq mnat Dobby^^. .. Bukan Rosli Dhobi lah =.=''  what !! heyy ! suara Dobby comell tau . Skunk dh krang dh mnt , mnat Harry lak .. hehehe *ngada2 tol aq ni* . So sesape yg freaks Harry Potter psti dah tau apa yg akn trjadi lau kita mngacungkan tongkat sihir smbil sbut "Avada Kedavra!" atau jmpi ni gne lau kita ingin membuka pntu yg terkunci "Alohomora!" . ble je sbut pasal Alohomora tringat aq satu cter . mase tuh aq form 1 , aq balik lewat dri skolah , mse tu ad extra class lau ta silap :P , aq bka lah pntu umah , ta bleh ! , pntu tu kunci . mse tu mak aq kuar . aq pn cpa2t cri sebatang kayu nipis je . aq pn cba mngacung dn sbut 'Alohomora!" kot2 mane tau terbuka pntu .hehehehe . tpi ta trbuka . aq cuba sekali "Alohomora!" . ta bukak lagii .. aq cuba sekali lagi " Alohomora!" . kali keempat bru je aq nak sbut "Alohomora!" pntu tu trbukak . Yess!!brjaya , tibe2 kakak aq mncul tepi pntu " laaa...ingt kn ad tarzan kt umah nih , asyik Alohomora je ! " Cehh =,= tarzan dy pnggil aq !

haha okie , back to topic . korunk pnah trpikir tak , lau J,K Rowling(author) buat ayat jampi tu saje2 ?? smua jampi sihir yg dignakan di Hogwarts trnyata ada asal usulnya . Jmpi yg dy gne tuh berasal dari bahasa Latin...Berikut contoh jampi sihir dgunakan dlm cter Harry Potter .. ehh , kejap2 sblom tu aq na credit lu . sumber nih aq ambek kt Pak cik Wikipedia . ^___^.
'Accio
Jampi ini digunakan untuk memanggil barang. “Accio gelas”, dan gelas pun akan terbang ke arahmu. Dan seterusnya. Kata ‘Accio’  berasal dari bahasa Latin yang bermaksud ‘Aku memanggil.’

Avada Kedavra
Jampi paling jahat yang boleh membunuh lawan. Ibu bapa Harry Potter mati akibat jampi ini. Dalam bahasa Aramaic, ‘Avada Kedavra’ bermaksud ‘I will destroy as I speak’. Sebutan sama dengan ‘Abracadabra’, yang merupakan jampi kuno dari abad kedua yang sering dipakai untuk memanggil roh halus dan meminta perlindungan.

Crucio
Yang ni juga jampi jahat yang biasa dipakai untuk menyeksa. Dalam bahasa Latin, ‘crucio’ bermaksud ‘saya menyeksa’.

Expecto Patronum
Jampi penghasil patronus, adalah satu-satunya makhluk yang boleh mengusir Dementor. Jampi ini diambil dari bahasa Latin iaitu ‘expecto’ yang bermaksud ‘menunggu/berharap’, dan ‘patronus’ yang bermaksud ‘pelindung’. Jadi  Expecto Patronum itu bermaksud ‘menunggu datangnya pelindung’.

Expelliarmus
Ini jampi handalan Harry Potter ketika bertempur. Fungsinya adalah untuk melepaskan tongkat sihir dari tangan musuh.Diambil dari bahasa Latin ‘expellere’ yang bermaksud ‘mengeluarkan/melepaskan’, dan ‘arma’ yang bermaksud ‘senjata.’

Impedimenta
‘Impedimenta’ dalam bahasa Latin bermaksud ‘halangan’. Jampi ini biasa diguna untuk membuat rintangan demi memperlambat pergerakan musuh.

Lumos
‘Lumos’ bermaksud ‘cahaya’. Jampi inilah yang diguna kalau mahu membuat hujung tongkat sihir kita menyala lilin.

Rictusempra
‘Sempra’ berasal dari kata ‘sempre’ yang bermaksud ‘selalu’, sedangkan ‘rictum’ bermaksud mulut/rahang yang terbuka. Rictusempra ini diguna untuk membuat musuh jadi terus menerus ketawa.

Sectumsempra
Cuba terbalikan dari  rictusempra. Fungsinya bukan ketawa, tapi luka , dalam bahasa Latin, ‘sectum’ bermaksud ‘melukai/mencedera’.

Stupefy
Ini adalah salah satu jampi yang selalu digunakan ketika perang,tapi fungsinya tidak melukai. Cuma buat bingung dan pening saja.Dalam bahasa Inggris, ‘stupefy’ bermaksud ‘pening’.

Wingardium Leviosa
Ini adalah salah satu jampi yang diajarkan kepada murid-murid Hogwarts pada tahun pertama. Fungsinya untuk membuat sebuah benda jadi terangkat mengambang di udara. Asal katanya adalah gabungan dari bahasa Inggris dan Latin. Wingardium berasal dari kata wing (bahasa Inggris) yang bermaksud sayap, dan arduus (bahasa Latin) yang bermaksud langit. Leviosa pula berasal dari bahasa Latin, levare, yang bermaksud mengangkat/mengambil 

p/s : da bace ?? ad sdikit dri bhasa Indon , Boleh kowt paham skit2 . Now Harry ,  You're belong to me . hahaha . Dobby ?? ketepi kn dulu . Hahaha .