haha okie , back to topic . korunk pnah trpikir tak , lau J,K Rowling(author) buat ayat jampi tu saje2 ?? smua jampi sihir yg dignakan di Hogwarts trnyata ada asal usulnya . Jmpi yg dy gne tuh berasal dari bahasa Latin...Berikut contoh jampi sihir dgunakan dlm cter Harry Potter .. ehh , kejap2 sblom tu aq na credit lu . sumber nih aq ambek kt Pak cik Wikipedia . ^___^.
Jampi ini digunakan untuk memanggil barang. “Accio gelas”, dan gelas pun akan terbang ke arahmu. Dan seterusnya. Kata ‘Accio’ berasal dari bahasa Latin yang bermaksud ‘Aku memanggil.’
‘Avada Kedavra’
Jampi paling jahat yang boleh membunuh lawan. Ibu bapa Harry Potter mati akibat jampi ini. Dalam bahasa Aramaic, ‘Avada Kedavra’ bermaksud ‘I will destroy as I speak’. Sebutan sama dengan ‘Abracadabra’, yang merupakan jampi kuno dari abad kedua yang sering dipakai untuk memanggil roh halus dan meminta perlindungan.
‘Crucio’
Yang ni juga jampi jahat yang biasa dipakai untuk menyeksa. Dalam bahasa Latin, ‘crucio’ bermaksud ‘saya menyeksa’.
‘Expecto Patronum’
Jampi penghasil patronus, adalah satu-satunya makhluk yang boleh mengusir Dementor. Jampi ini diambil dari bahasa Latin iaitu ‘expecto’ yang bermaksud ‘menunggu/berharap’, dan ‘patronus’ yang bermaksud ‘pelindung’. Jadi Expecto Patronum itu bermaksud ‘menunggu datangnya pelindung’.
‘Expelliarmus’
Ini jampi handalan Harry Potter ketika bertempur. Fungsinya adalah untuk melepaskan tongkat sihir dari tangan musuh.Diambil dari bahasa Latin ‘expellere’ yang bermaksud ‘mengeluarkan/melepaskan’, dan ‘arma’ yang bermaksud ‘senjata.’
‘Impedimenta’
‘Impedimenta’ dalam bahasa Latin bermaksud ‘halangan’. Jampi ini biasa diguna untuk membuat rintangan demi memperlambat pergerakan musuh.
‘Lumos’
‘Lumos’ bermaksud ‘cahaya’. Jampi inilah yang diguna kalau mahu membuat hujung tongkat sihir kita menyala lilin.
‘Rictusempra’
‘Sempra’ berasal dari kata ‘sempre’ yang bermaksud ‘selalu’, sedangkan ‘rictum’ bermaksud mulut/rahang yang terbuka. Rictusempra ini diguna untuk membuat musuh jadi terus menerus ketawa.
‘Sectumsempra’
Cuba terbalikan dari rictusempra. Fungsinya bukan ketawa, tapi luka , dalam bahasa Latin, ‘sectum’ bermaksud ‘melukai/mencedera’.
‘Stupefy’
Ini adalah salah satu jampi yang selalu digunakan ketika perang,tapi fungsinya tidak melukai. Cuma buat bingung dan pening saja.Dalam bahasa Inggris, ‘stupefy’ bermaksud ‘pening’.
‘Wingardium Leviosa’
Ini adalah salah satu jampi yang diajarkan kepada murid-murid Hogwarts pada tahun pertama. Fungsinya untuk membuat sebuah benda jadi terangkat mengambang di udara. Asal katanya adalah gabungan dari bahasa Inggris dan Latin. Wingardium berasal dari kata wing (bahasa Inggris) yang bermaksud sayap, dan arduus (bahasa Latin) yang bermaksud langit. Leviosa pula berasal dari bahasa Latin, levare, yang bermaksud mengangkat/mengambil
p/s : da bace ?? ad sdikit dri bhasa Indon , Boleh kowt paham skit2 . Now Harry , You're belong to me . hahaha . Dobby ?? ketepi kn dulu . Hahaha .